Sunday, 11 December 2011

J A M


Jam ialah alat yang digunakan untuk menunjukkan waktu. Jam merupakan salah satu ciptaan manusia terawal, yang memenuhi keperluan mengukur selang waktu yang lebih singkat daripada hari, iaitu saat, minit dan jam, manakala takwim (kalendar) digunakan untuk menghitung hari, bulan dan tahun.



JENIS-JENIS JAM


Jam matahari
Jam matahari yang menyukat waktu dengan cahaya matahari digunakan secara meluas pada zaman kuno. Jam matahari yang bagus boleh menyukat waktu suria tempatan setepat-tepatnya. Jam matahari kekal sebagai alat pemerhatian prestasi jam mekanik sehingga zaman moden. Namun, jam matahari memerlukan cahaya matahari dan tidak berguna pada waktu malam, jadi perlunya teknik lain untuk menyukat waktu.
Jam lilin dan colok yang mengecil pada kelajuan yang sekata juga digunakan untuk menganggar peredaran masa. Jam pasir pula bercirikan pasir halus yang melalui liang kecil pada kadar yang sekata sebagai penunjuk peredaran masa.


Jam air
Selain jam matahari, jam air atau klepsidra juga antara alat waktu tertua di dunia, selain paku bayang menegak dan kayu gundal yang menghitung hari.[1] Sukar sekali dipastikan bila dan di mana jam air mula-mula wujud. Jam air beraliran keluar berbentuk mangkuk adalah bentuk jam air yang teringkas dan diketahui wujud di Babylon dan Mesir sekitar abad ke-16 SM. Bukti jam air terawal juga ditemui di tempat-tempat lain seperti India danChina, tetapi tarikh terawal penggunaannya kurang pasti. Sesetengah sejarawan menulis bahawa jam air muncul di kawasan-kawasan tersebut seawal-awal 4000.[2]
Seorang ahli falak berbangsa YunaniAndronicus dari Cyrrhus, menyelia pembinaanMenara Angin di Athens pada abad pertama SM.[3] Tamadun Yunani dan Rom Purbadihargai kerana merekalah yang mula-mula memajukan reka bentuk jam air untuk merangkumi penggearan yang rumit[4] yang disambungkan dengan boneka di samping meningkatkan kejituan jam. Kemajuan ini diwariskan kepada zaman kegemilanganByzantium dan Islam sebelum menembusi Eropah pada Zaman Pertengahan. Sementara itu, masyarakat China membangunkan jam air sendiri pada tahun 725 M, kemudian menghulurkan gagasan mereka kepada Korea dan Jepun.

Jam Jam Batu Kristal 
Salah satu satu penunjuk waktu yang lebih tepat adalah cara yang ada pada jam batu kristal. Jam ini dibuat berdasarkan kenyataan bahwa sebuah batu kristal yang amat kecil dapat dibuat bergetar oleh satu aliran listrik, dengan getaran rata-rata 100.000 kali dalam sedetik. Pada tahun 1492 sebuah jam jenis itu dipasang di Royal Observatory, Greenwich.

Jam atom merupakan salah satu penemuan modern lainnya. Jalannya begitu tepat sehingga tidak akan berselisih 1 detikpun selama beratus-ratus tahun. Jam ini menggunakan molekul-molekul yang bergetar. Molekul yang digunakan antara lain molekul omoniak dan getarannya berjuta-juta kali perdetik tanpa variasi




RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN



Matapelajaran              :          Matematik
Kelas                           :          Tahun  1 Elit
Tarikh                          :          05.10. 2011
Masa                           :         10.00 pagi – 11.00 pagi (60 minit)
Bilangan Murid           :           30 orang
Bidang  Pelajaran        :           Masa Dan Waktu
Objektif  Pelajaran      :           Menamakan bulan dalam setahun

Hasil pembelajaran      :           Di akhir sesi pembelajaran ini, murid dapat :
                          Kognitif         - menyatakan secara lisan dan menyenaraikan nama-nama
                                                  bulan dalam setahun mengikut urutan yang betul
                        Psikomotor      - murid dapat menampal gambar-gambar perayaan berdasarkan
                                                  nama bulan yang dinyatakan.
                        Afektif             - menghargai masa dan prihatin tentang  perayaan bagi 
                                                  setiap bulan dalam setahun.


Istilah/konsep/prinsip/hukum/teori                  :           Bulan-bulan dalam setahun

Bahan Bantu Mengajar / Sumber                    :           Kad gambar, kad perkataan,
                                                                                  gam, lembaran kerja,
                                                                                  CD lagu, radio, pen marker,
                                                                                  kad manila, papan putih, 
                                                                                  buku teks, buku aktiviti

Pengetahuan sedia ada murid :               1.  murid boleh menamakan hari dalam seminggu
                                                            2.  murid dapat membezakan antara hari dan minggu
                                                            3.  murid faham maksud bulan-bulan dalam setahun
                                                            4.  murid boleh memberi contoh perayaan



                                                                 FASA
ISI KANDUNGAN
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
CATATAN
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid

Permulaan/ mencungkil idea
(5 minit)

Nyanyian lagu
 “Selamat Hari
   Jadi”

  • Guru memasang lagu dan membimbing murid menyanyikannya.

  • Guru perkenalkan tajuk yang akan dipelajari


·         Murid menyanyikan lagu beramai-ramai
·         Murid bersedia untuk meneruskan pelajaran.




ABM :
CD lagu
Radio

Aktiviti simulasi
Menstruktur/Kandungan
(30 minit)
Menamakan bulan-bulan dalam setahun.




·         Dengan menggunakan teknik penyoalan guru mengaitkan pengetahuan sedia ada murid dengan pelajaran yang akan diajar
1-       Sebutkan nama bulan kelahiran kamu?.
2-       Nyatakan bilangan hari  berdasarkan bulan kelahiran kamu?

·         Guru menunjukkan kad-kad gambar dan  meminta murid menyatakan nama perayaan tersebut dan bila diadakan.
·         Guru menunjukkan kad gambar ini secara berulang-ulang dengan menggunakan gambar yang berlainan.
·         Guru membimbing murid menyatakan nama bulan mengikut urutan yang betul.
·         Beri lembaran kerja

·         Murid menjawab soalan guru



1-       Mac, Jun, Oktober, 
        Mei, Julai, Ogos 
2-       31 hari, 30 hari,
   


·         Murid menyebut nama perayaan berserta bulan berdasarkan kad gambar yang ditunjukkan oleh guru.
·         Murid menyebut secara beramai ramai
·         Murid menjawab soalan yang terdapat pada lembaran kerja


ABM :
Kad gambar
Papan putih
Buku teks
Lembaran kerja
kalendar

Aktiviti penyoalan
Sumbangsaran
Latih tubi
Aplikasi Idea
(20 minit)
Aktiviti pengukuhan
(aktiviti secara kumpulan)
(aktiviti secara individu
·         Setiap kumpulan diberi sekeping kad manila yang mengandungi nama-nama bulan dalam setahun.
·         Murid-murid diminta berbincang dan bekerjasama semasa menampal gambar berkaitan perayaan mengikut bulan-bulan berkenaan.
·         Akhirnya guru memanggil wakil setiap kumpulan untuk mempamerkan hasil kerja kumpulan masing-masing dan membentangkannya,
·         Murid dibahagikan kepada 5 kumpulan
·         Melalui perbincangan, murid-
murid menampalkan gambar perayaan mengikut nama bulan yang terdapat dalam kad manila itu.
·         Wakil setiap kumpulan membentangkan hasil kerja mereka


ABM :
Kad manila

Kad gambar
gam


Aktiviti kumpulan
Refleksi / Penutup
(5 minit)
Kesimpulan
Kerja rumah
·         Guru membimbing murid untuk menyatakan kembali apa yang telah dipelajari.
·         Guru membuat kesimpulan serta memberi kerja rumah kepada murid.
·         Murid mengingat kembali apa yang telah dipelajari dan membuat rumusan
·         Menyiapkan kerja rumah

ABM :
Buku aktiviti