Sunday, 11 December 2011

J A M


Jam ialah alat yang digunakan untuk menunjukkan waktu. Jam merupakan salah satu ciptaan manusia terawal, yang memenuhi keperluan mengukur selang waktu yang lebih singkat daripada hari, iaitu saat, minit dan jam, manakala takwim (kalendar) digunakan untuk menghitung hari, bulan dan tahun.



JENIS-JENIS JAM


Jam matahari
Jam matahari yang menyukat waktu dengan cahaya matahari digunakan secara meluas pada zaman kuno. Jam matahari yang bagus boleh menyukat waktu suria tempatan setepat-tepatnya. Jam matahari kekal sebagai alat pemerhatian prestasi jam mekanik sehingga zaman moden. Namun, jam matahari memerlukan cahaya matahari dan tidak berguna pada waktu malam, jadi perlunya teknik lain untuk menyukat waktu.
Jam lilin dan colok yang mengecil pada kelajuan yang sekata juga digunakan untuk menganggar peredaran masa. Jam pasir pula bercirikan pasir halus yang melalui liang kecil pada kadar yang sekata sebagai penunjuk peredaran masa.


Jam air
Selain jam matahari, jam air atau klepsidra juga antara alat waktu tertua di dunia, selain paku bayang menegak dan kayu gundal yang menghitung hari.[1] Sukar sekali dipastikan bila dan di mana jam air mula-mula wujud. Jam air beraliran keluar berbentuk mangkuk adalah bentuk jam air yang teringkas dan diketahui wujud di Babylon dan Mesir sekitar abad ke-16 SM. Bukti jam air terawal juga ditemui di tempat-tempat lain seperti India danChina, tetapi tarikh terawal penggunaannya kurang pasti. Sesetengah sejarawan menulis bahawa jam air muncul di kawasan-kawasan tersebut seawal-awal 4000.[2]
Seorang ahli falak berbangsa YunaniAndronicus dari Cyrrhus, menyelia pembinaanMenara Angin di Athens pada abad pertama SM.[3] Tamadun Yunani dan Rom Purbadihargai kerana merekalah yang mula-mula memajukan reka bentuk jam air untuk merangkumi penggearan yang rumit[4] yang disambungkan dengan boneka di samping meningkatkan kejituan jam. Kemajuan ini diwariskan kepada zaman kegemilanganByzantium dan Islam sebelum menembusi Eropah pada Zaman Pertengahan. Sementara itu, masyarakat China membangunkan jam air sendiri pada tahun 725 M, kemudian menghulurkan gagasan mereka kepada Korea dan Jepun.

Jam Jam Batu Kristal 
Salah satu satu penunjuk waktu yang lebih tepat adalah cara yang ada pada jam batu kristal. Jam ini dibuat berdasarkan kenyataan bahwa sebuah batu kristal yang amat kecil dapat dibuat bergetar oleh satu aliran listrik, dengan getaran rata-rata 100.000 kali dalam sedetik. Pada tahun 1492 sebuah jam jenis itu dipasang di Royal Observatory, Greenwich.

Jam atom merupakan salah satu penemuan modern lainnya. Jalannya begitu tepat sehingga tidak akan berselisih 1 detikpun selama beratus-ratus tahun. Jam ini menggunakan molekul-molekul yang bergetar. Molekul yang digunakan antara lain molekul omoniak dan getarannya berjuta-juta kali perdetik tanpa variasi




No comments:

Post a Comment